Sunday, May 3, 2009

Masa untuk adik-beradik bersuka ria




keriangan tahap maksima

Sempena birthday Yasmin, secara tradisinya aku & Encik Suami akan membawa birthday gurl cuti-cuti Malaysia. So... pilihan untuk bercuti tahun ini ialah ke Port dickson. Huh Port Dickson??? naper dekat sangat? cantik ke?
itu antara soalan2 lazim yang akan ditanya, tapi tempat yang kami pergi ini, memang cantik & mendamaikan.

atas pertolongan & baik budi kawanku Nor, aku, atas tanggungan Encik Suami, telah menyewa chalet air-Smart living above sea water di Legend Water Chalet silakan klik untuk view gambar. Dengan sewa yang amat berpatutan untuk tempat bertaraf 5 bintang, perjalanan yang singkat untuk mengelak situasi aku naik angin bila anak meragam, tempat ni memang sesuai sekali untuk melapangkan fikiran.

yess...Yasmin memang happy sangat, sebab dapat berendam sepuas-puasnya. Raisya hanya dapat tumpang tengok seronok jer...dan main air sekali sekala. Water chalet ni memang best, yang best sangat bila jalan ke tengah chalets yang bertentang dengan laut, dapat rasa angin laut yang menderu..huhu macam dalam iklan.

hmmm dah tak tau nak story macam mana lagi... pendek kata memang best sangatla tempat tu... korang+korang sume try la pegi sana ya! Untuk yang belom pegi lagi. ohhh semua dah pegi ya... malu...malu... malu :B

Raisya yang seronok bila dapat main air...
muka kemerah-merahan kena terik mentari

aksi-aksi Yasmin excited dapat jalan2... siap pakai topi koboi dengan niat nak naik kuda tapi jadi lupa bila dapat main air

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...