Your presence is a present to the world...
Sunday, November 22, 2009
Why Do You Love Me?
Your presence is a present to the world...
Wednesday, October 21, 2009
LOVE ME FOR...ME
Friday, October 9, 2009
Hari ini kehidupanku bermula...
Hari ini kehidupan ku bermula... bermula untuk menjadi yang lebih baik"...
I don't want to be anything
I am you
Thursday, September 17, 2009
Yeay yeay!!! nak raya dah
Sempena nak menyambut lebaran ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Diharap lebaran ini membawa seribu kebahagiaan kepada semua ye. Kepada yang pulang beraya ke kampung halaman, berhati-hati semasa memandu. Yang naik public transport hati-hati dengan tukang seluk saku ok (rasanya xde kot yang naik bas).
Seperti biasa raya ni saya tak perlu berebut dengan suami untuk balik kampung saper dulu sebab kami masing2 dari
Untuk raya ni persiapan saya biasa jer... mcm dulu-dulu gak semua siap untuk anak-anak jer... kasut, baju untuk anak sume dah siap tapi kasut untuk mama blum beli lagi... ingat nk pegi shopping sabtu ni sempat tak? tapi yang pening tu bila pegi shopping barang kita tetap nak beli untuk anak gak...biskut raya pun saya baru
ntahla... bagi saya hari raya ni hari kita berkumpul sanak sedara, handai taulan... paling tak pun hari untuk kita meluangkan masa untuk anak2 bawak jalan2. banyak sebenarnya saya nak buat cuti raya ni tapi xmo cerita takut tak jadi...
okay... sekian untuk entri kali ini...ooppss sebelum terlupa nak ucap sekali lagi Selamat Hari Raya kepada semua. Jaga diri baik-baik ye, bila makan lemang ker ketupat ker baulu ker jangan lupa diri taw & last sekali jaga kesihatan anda & keluarga anda.. basuh tangan sebelum makan (huhuhu ada kaitan ker??/)
salam,
suraya arieff
Thursday, September 3, 2009
Luahan Hati Lelaki yang dibenarkan berkahwin sorang lagi!!!
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu,
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...
Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu..Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.
Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.. Mula mula kawin tentu seronok.. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ....... lagi haru ....
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah.
Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Wallahualam.
Cerita itu & ini
sebenarnya banyak yang saya nak tulis disini tapa apakan daya kemahiran penulisan saya tidak berapa bagus ***suara yang merendah diri***
ok saya nak mulakan dengan kelahiran anak sedara ku.. baby boy pada 30hb Ogos 2009 (baby mila) nama belum diberi lagi... sekarang ni still di hospital sian baby ada kuning sket & doktor suspek ada masalah dgn jantung... hrp2 xder apa yang serius kt baby. hmmm baru jer dpt sms dari mila kata dah boleh balik... Alhamdulillah
Raisya plak dah setahun... mula nak bertatih dua tiga langkah tanpa sokongan.. Raisya lambat plak jalan dr kakak dia... Yasmin umor 11 bulan dah jalan.. tapi yang happy Raisya ni dah paham kita cakap apa dgn dia even kalau saya bagi arahan utk ambil sesuatu barang dia dah paham...& dia pandai kemas umah.. heheheh jangan ingat saya dera dia ok... dia pandai ambil tisu basah then dia lap almari, lantai even toys dia pun dia lap... huhuhu rajinkan anak saya?
Yasmin lak macam biasa dengan telatah dia.. dia sayang adik dia tapi kekadang garang... biasa kakak kena tunjuk tegas sket dgn adik ok. tahun depan or maybe lepas raya nak anta yasmin sekolah. tengokla macam maner. nak biasakan diri dia bergaul dengan orang lain. sebab dia selalu dirumah sajer tak jumpa orang lain maklum mama & ayah dia pun bukan jenis bergaul... kuikui xnakla anak pun mengikut.
Saya plak... bulan puasa ni kerja dah tak banyak kt ofis kul 5 dah bole balik sbb saya skip lunch...
baik tul bos saya kannn?? Untuk raya saya tak order pun lagi kuih raya.. nak buat sendiri? lagila ntah bila tahun... Raya ni saya kira raya yg pertama untuk Raisya sebab tahun lepas dia kecik lagi baru 2 bulan ngam2 habis pantang... saya ingat nak beli baju kurung untuk dia...harap sgt ada size untuk dia & yang penting sedondon color dgn mama & kakak
hmmm dah xtau nak tulis apa lagi... idea saya cepat kering & menghilang...
lain kali sambung lagi...
Saya harap Ramadhan ni membawa keberkatan kepada saya sekeluarga & pada semua muslimin & muslimat.
Semoga terbuka pintu rezeki & perniagaan suami saya lebih sukses.
Selamat semua.... selamat berpuasa & selamat beribadah
Wassalam,
luahan rasa: suraya arieff
Sunday, August 16, 2009
Sunday, August 2, 2009
Selamat Hari lahir yang pertama sayang
Thursday, July 30, 2009
Wajah ceria Puteriku PartII
1st tag ever...Thanks

kenapa saya patut dapat tag ni? sebab saya cute hahahaha
2)ucapkan penghargaan kpd sesiapa saja, setelah anda menerima award ini?
thanks to nor sbb bg idea buat blog w/pun xder saper nk baca blog ni tp saya suka
sbb saya bole upload pic2 princess saya! & to hubby yg murah hati kasi saya broadband xder hubby xder blog oopsss silap xder broadband xderla blog
3)korang wajib bagi 10 penerima awards initerima la jeng jeng jeng...
hahahaha 5 pun susah saya nk bagi... sumer nor dh sapu
sesaper yg terbaca blog ni nah amekla tag ni okokok
Monday, July 27, 2009
Friday, July 24, 2009
Wajah ceria Puteriku
Tuesday, July 14, 2009
Fun@Cheeky Monkey
Cuti...I really need it
sume benda saya kena buat... sume keje yang selama ni team lead buat saya kena buat
baru saya tau betapa tension keje dia...
minggu ni saya kena update team guideline baru... boss-boss kt singapura tau mengarah jer...
sesuka hati diorang jer... sampai hal yang tak sepatutnya saya buat saya kena buat, kena investigate...kena update dan update lagi
esok team re-con s'pore nk datang update UPT (ntah apa ntah) saya kena assist diorang.. training yang sepatutnya saya handle esok kena cancel...postpone lagi ntah sampai bila
sekarang baru saya tau kerja team lead susah...tension... kena selalu balik lambat...kena pandai melawan...argghhh cepatla sume ni pergi...
I want my life back
Sunday, July 5, 2009
Orang tak kreatif cuba buat banner
disebabkan aku tak kreatif & buta IT sket (yela maner aku reti baca css code tu) proses ni ambil masa 5 hari... banner yg aku buat (edit sebenarnya) telah lebih 10x didelete & diedit.
huh tapi aku puas hati.. ok la untuk first-timer.
apa pendapat korang???
Sunday, June 21, 2009
Apabila hari sibukku bermula...TENSI
Lamanya saya tak update blog
Kebelakangan saya agak sibuk dengan kerja-kerja ofis
saya & suami juga sibuk menguruskan sesuatu...
sesuatu yang menjadi impian kami selama ini
sesuatu yang telah lama kami nantikan
*** Raisya dah ada 2 batang gigi bawah... 2 gigi atas
Thursday, May 21, 2009
Saturday, May 9, 2009
Engkaulah Ratu Hatiku
Puan Kamariah Md Dinand to all mothers in the world...
There are times when only a Mother's love
Can understand our tears,
Can soothe our disappoints
And calm all of our fears.
There are times when only a Mother's love
Can share the joy we feel
When something we've dreamed about
Quite suddenly is real.
There are times when only a Mother's faith
Can help us on life's way
And inspire in us the confidence
We need from day to day.
For a Mother's heart and a Mother's faith
And a Mother's steadfast love
Were fashioned by the Angels
And sent from God above.
Sunday, May 3, 2009
Masa untuk adik-beradik bersuka ria

Sempena birthday Yasmin, secara tradisinya aku & Encik Suami akan membawa birthday gurl cuti-cuti Malaysia. So... pilihan untuk bercuti tahun ini ialah ke Port dickson. Huh Port Dickson??? naper dekat sangat? cantik ke?
itu antara soalan2 lazim yang akan ditanya, tapi tempat yang kami pergi ini, memang cantik & mendamaikan.
atas pertolongan & baik budi kawanku Nor, aku, atas tanggungan Encik Suami, telah menyewa chalet air-Smart living above sea water di Legend Water Chalet silakan klik untuk view gambar. Dengan sewa yang amat berpatutan untuk tempat bertaraf 5 bintang, perjalanan yang singkat untuk mengelak situasi aku naik angin bila anak meragam, tempat ni memang sesuai sekali untuk melapangkan fikiran.
yess...Yasmin memang happy sangat, sebab dapat berendam sepuas-puasnya. Raisya hanya dapat tumpang tengok seronok jer...dan main air sekali sekala. Water chalet ni memang best, yang best sangat bila jalan ke tengah chalets yang bertentang dengan laut, dapat rasa angin laut yang menderu..huhu macam dalam iklan.
aksi-aksi Yasmin excited dapat jalan2... siap pakai topi koboi dengan niat nak naik kuda tapi jadi lupa bila dapat main airFriday, May 1, 2009
Happy 4th Birthday Yasmin
Thursday, April 30, 2009
Little Girl & Father
The father was kind of scared so he asked his little daughter,
'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.'
The little girl said, 'No, Dad. You hold my hand.'
'What's the difference?' Asked the puzzled father.
'There's a big difference,' replied the little girl.
'If I hold your hand and something happens to me,
chances are that I may let your hand go.
But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens,
you will never let my hand go.'
In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.
So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to
hold yours
Wednesday, April 22, 2009
Kau Tercipta Untukku
Menatap indahnya senyuman diwajahmu Tuesday, April 14, 2009
I am Lucky No 8
You have a very strong personality and people will find it hard to understand you.
Monday, April 6, 2009
Petang Jumaat Yg Menyakitkan...
Hari yang amat menyakitkan... amat memedihkan
Tidak ku salahkan sesiapa... silap ku sendiri
Silap ku mengambil langkah akhirnya badan sengsara
Sejenak aku berfikir...
Jangan slalu mendongak ke langit...
Sesekali harus menunduk ke bumi...
Takkan lupa hari itu... Jumaat 3/4/09
Thursday, March 19, 2009
Friday, March 13, 2009
Oh! Puteriku
dua-dua puteri aku kena chicken pox!!!
sian Raisya... berjangkit dari kakak dier... tak sanggup tgk dier nangis
mesti dia tgh sakit sgttt
aku tak cukup tido... xder time ukt blogging, facebook, frenster
tido lambat, bgn pagi lambat, pegi keje lambat... nasib baik boss cuti
hrp2 cepatla diorang sembuh
Friday, February 27, 2009
Aku rasa...
sethn jer lgi aku akn turn to 30. bila tgk angka 3 tu mcm skeriii jer. kalau dulu time nak masok 20 thn aku hepi sgt sbb aku bakal dewasa.. tp after 10 years rasa mcm pelikk jer.
t/jawab makin bertambah... masalah pun akn bertambah...& pd masa yg sama aku terkenang mak ayah aku yg semakin meningkat usia...
dah terbalas ker jasa diorang kt aku????
mmg biol jer arini. rasa sedey sgt...rasa rinnduu sgt...tp tak tau kt apa... kt saper...
tetiba rasa nk sambung belaja..xnak keje lg
nk menyelam dlm laut...
rasa nk naik roller coaster
rasa nak resign & duk umah jaga anak...xnak keje lg
nak mkn chicken chop, tom yam kung...hehehehe (mkn x lupa.. lapar tgh2 mlm nih)
mcm maner pon ader byk gak perkara yg menggembirakan aku sepjg 10 thn nih...
aku bangga jd seorg isteri & ibu.
gembira ader hubby yg paham aku, yg bole terima baik-busuk aku
gembira ader anak-anak yg slalu buat aku bahagia...
issshhh aper aper jer la...xnak pikir lagi... moga aku kuat utk hadapi apa jer dugaan selepas nih...moga bahagia slalu ader utk aku...
semoga Allah permudahkan segala urusan ku.. semoga idupku sekeluarga dirahmati slalu.
Insyallah.. semuanya akan menjadi lebih baik...
huhhhhhhhh feel sleepy now.... gud nite, sweet dream
Monday, February 16, 2009
mem-be-bel
Wednesday, January 14, 2009
Addicted to D.O.R.A
ni antara koleksi CD Dora yg dia ader. sampai pinggan, sudu & cawan pun nak Dora. tu lum masuk lagi blocks dora & boots. macam2 budak sekarang... tp CD ni bagus gak utk merangsang pembelajaran & pembesaran otak anak2. sambil2 tu bole nyanyi2 skali. yasmin pun dah pandai kira 1..2..3...10 in english & spanish, uno, dos, tres, cinco, cuantro, seis, siete.. 8-10 dlm proses huhuhuSaturday, January 10, 2009
Kreatif ker???
ni hasil kerja aku kt Flickr... ntah ape tah... biasa jer... pic Raisya
dlm stroller tu is the latest...mmm semakin besar anak mama :)























